Sate Tuna Sedia Di Pasaran

Industri perikanan tuna di Malaysia semakin maju sejak mula dibangunkan dua tahun lalu hasil bimbingan dan inovasi Jabatan Perikanan. Kini Sate Tuna muncul sebagai variasi sate sedia ada yang akan memberi kelainan dari segi rasa, nutrisi dan pilihan kepada pengguna sekali gus menggalakkan produk hasilan tuna dalam pasaran negara.Menurut Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ahmad Hamzah empat spesis tuna utama yang ditangkap vesel dilesenkan ialah aya hitam, aya kurik, aya peluru dan aya putih.Beliau mengulas perkara itu pada majlis promosi produk ikan tuna kepada pekerja barisan hadapan COVID-19 di MAEPS, Serdang.